UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Azmi Awang
Title :Hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dengan pencapaian Matematik murid sekolah rendah (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dengan pencapaian Matematik murid sekolah rendah. Rekabentuk kajian ialah tinjauan yang mengguna soal selidik untuk mengumpul data. Proses pengumpulan data menggunakan soal selidik Inventori Gaya Pembelajaran Kolb atau Kolb Learning Style Inventory (KLSI) yang diubahsuai dalam kajian Wan Azri dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dalam kajian Norliza. Soal selidik KLSI digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dan soal selidik sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer digunakan untuk mengukur sikap terhadap Matematik berbantu komputer. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang murid tahun 5, daripada tiga buah sekolah di daerah Klang, Selangor. Terdapat dua jenis analisis yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian iaitu analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan majoriti murid iaitu seramai 158 orang (52.65%) mengamalkan gaya pembelajaran Konverger, diikuti Asimilator seramai 61 orang (20.35%), Akomodator seramai 48 orang (16%) dan akhir sekali Diverger seramai 33 orang (11%). Manakala dapatan kajian juga menunjukkan purata jumlah skor sikap terhadap Matematik berbantu komputer, min=4.22, sp=0.59. Ini bermakna min skor sikap terhadap Matematik berbantu komputer secara keseluruhan ialah pada tahap tinggi. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam gaya pembelajaran di antara murid lelaki dan perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh signifikan sikap terhadap Matematik berbantu komputer dengan pencapaian Matematik. Implikasi kajian menunjukkan gaya pembelajaran dan sikap murid terhadap pembelajaran berbantukan komputer mempengaruhi pencapaian Matematik mereka. Pemilihan mereka untuk menyukai pembelajaran Matematik berbantu komputer sebenarnya juga adalah gaya pembelajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)